Amirah, nama bagi seorang receptionis di Hotel Traders Singapura. Seorang wanita, gadis atau perempuan melayu yang paling cantik pernah aku temui dalam hidup ini. Keindahan yang tidak dapat tergambar di benak fikiran, tidak terucap di bibir ku ini. Pandangan pertama aku membuat otak ku beku dan tidak berfungsi buat 7.2 saat. Pendengaran aku tuli buat seketika, apa yang terdengar hanyalah degup jantung yang sedang melaju. Setelah itu kemachoan aku kembali normal, tapi bala mendatang. Kebetulan pada hari itu aku menemani sahabat aku bertemu dengan ceweknya dari jakarta dalam masa yang sama cewek-nya juga membawa seorang sahabat untuk menemami dia. Check-in di hotel yang sama cuma di kamar berlaian. Walaupun aku tidak pernah kenal akan cewek2 yang datang itu, tidak sama skali pernah atau akan bersama seperti pasangan cinta lain. Pasti aku dianggap pasangan salah seorang dari cewek tersebut, sama sepeti formula matematik {x = 2 / y = 2 / x = y }
Tapi ianya tetap membawa perspektif yang negatif terhadap aku oleh Amirah, walau mungkin dia sudah berpunya atau baru bertunang atau dalam erti kata mudah ‘not available’. Kerana dia adalah Amirah, aku tetap tidak mahu reputasi aku tercalar dengan pandangan yang menikam kalbu. Aku seperti dapat membaca apa yang sedang di taip di benak fikiran Amirah bagai mesin taip automatic, “hampeh jantan nih.. dah la check-in dengan pompuan. gatal2 pulak tgk aku”… hancur hatiku, menyesal aku ikut kawan aku. Waduhhh….. keruk-keriuk jantung aku memikirkan akan kebenaran yang terjadi, dahla tidur dengan sahabat aku yang mengeruh macam jentolak. Tambah lagi dengan tiadanya ketenangan memikirkan Amirah.
Walau bagaimanapun, mungkin ianya telah ditakdirkan untuk melihat aku dengan pandangan yang berbeza, walau sebenarnya aku hanyalah ‘mushroom soup’ yang sedap apabila dimakan dengan ‘garlic bread’. Aku redha dengan ketentuan Tuhan, tapi aku tetap berdoa dan berharap dengan tuhan supaya aku ditemukan dengan Amirah suatu masa nanti walaupun hanya seketika, walaupun hanya seperti berhenti di traffic light dengan lampu merah. Insyaallah.